Bintangg Syurga

 ASSALAMUALAIKUM
Hayati liriknya :')
Seriously.boleh buat air mata ni mengalir..

Biar darah jadi baja
biar tulangku menjadi tonggaknya
Islam tetap di puncak
biar imanku terus melonjak
 
Aku tegar
aku rela
sekalipun aku dihenyak

Burung-burung hijau terbang
Oh ku tenang melayang
syurga firdausi menunggu ku datang
bidadari pun tersenyum
merindu cumbu harum
di saat cinta mekarku bercantum
 
Pergiku tak kembali
kerana memburu nikmat syurgawi
itulah yang hakiki itu yang abadi
dan ku tidak mati
bahkan hidup dengan rezki dari Ilahi
 
Kejayaan (kejayaan)
kebahagiaan (kebahagiaan)
bintang syuhada yang dirindukan
 
Datang datanglah wahai syahid
dambaan mujahid
aku relakan sakit yang sedikit
 
Dari tahanan sementara
biar aku nestapa
demi bahagia untuk selamanya

http://www.youtube.com/watch?v=Biv6YpkP6AI&feature=player_detailpage
#tribute to AsSyahid Ahmad Ammar Ahmad Azam .



#Al-Fatihah :') 
Moga Tenang disana Wahai Pejuang Agama ..
#ingin sekali jadi sepertinya ..




Moga Terus Bertahan..

ASSALAMUALAIKUM


Tinggal Seminggu lebih lagi untuk kita melangkah,pergi...
Meninggalkan Tahun 2013...
untuk Memasuki Tahun Baru 2014 .
dan Aku, bakal berperang ...
Berperang dengan Exam SPM .
Mohon didoakan...

banyak kenangan pahit dan manis yang telah dilalui sepanjang 2013..
semakin bertambah tahun . semakin banyak cabaran yang perlu di hadapi ..
dan dalam mengharungi setiap cabaran itu KESABARAN dan KETABAHAN
yang diperlukann... Aku hanya berserah kepadaNya .
Moga Allah Redha dalam setiap Langkahku..
Aku akan terus melangkah,dan melangkah .
Dengan hanya satu pengharapan. Mencari REDHA ALLAH..
Moga Aku mampu bertahan..
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
(2:286)
"Semakin banyak ujian yang kita hadapi, semakin dekat kita pada Allah, inshaAllah"


#Buat sahabat yang aku cintai kerana ALLAH.maafkan segala kekhilafan ku..
Maaf jua kerana tak mampu nak jadi sahabat yang terbaik buat kalian ..
Dengan masalah yang terjadi ni. Mungkin ALLAH nak uji Persahabatan kita.
nak tengok keutuhan ukhuwwah kita . Aku mohon sahabat .  Terus bertahan..
Aku taknak kita berpecah .. kalau ujian yang sikit ni pun kita sudah goyah .
adakah kita mampu bertahan untuk ujian yang lebih berat dari itu..

Buat kalian,Sahabat..
"aku dan kamu,
pertama kali bertemu
saling berjabat,
pipi berlaga dakapan ukhuwah,
saat itu..
seperti sudah lama kenal,
seperti kita adalah saudara kandung,
aku adalah kau.. kau adalah aku..
tangis, tawa, suka, duka..
semuanya bagai satu jasad..
yang istimewanya
kau membawa diriku kejalan Allah..
namun..
taqdirnya datang menguji
kita dipisahkan dalam bahtera berbeza
juga tempat dan masa yang berselisih
susah untuk bertemu
susah untuk seperti dulu..
namun akhirnya ku pasrah,
aku belum cukup redha dengan semua ini
lantas
hikmah yang dijanjikan tidak kelihatan
ku tidak mahu apa2 darimu
cukuplah sekadar ingatan persahabatan
yang menyelamatkan ku dari fitnah kefasadan.

maaf atas keterlajuran ku..."


Tarbiyah Cinta ALLAH


ASSALAMUALAIKUM





Ujian tarbiyah Allah,
Tiada peperiksaan,
Apatah lagi uji minda,
Kerana ALLAH ada caraNya,
Bagaimana DIA menduga hambaNya...


DIA tahu tahap kemampuan,
DIA mengerti batas kesanggupan,
Inilah kasih sayang yang tak ternilai,
Antar Pencipta dan makhluk dicipta,
Kerana CintaNya kita ada,
Kerana KasihNya kita diduga,
kerana SayangNya kita menjadi hamba,
Bersyukurlah kerana dipilihNya,
Merasai kemanisan dan kepahitan hidup dibumiNya,
Tanpa bayaran kita diciptakan,
Hanya dengan satu perjanjian Tuhan,
Bersedia menjadi Khalifatul Rahman....


Sedarlah insan,
Kerana DIA merindui maka DIA menguji,
DIA mahu mendengar rintihan pengharapan,
DIA mahu lihat titisan air mata iman,
Mengadu dengan penuh penyesalan,
Dalam solat sunat tahajjud dan taubat,
Ditambah rencah solat istikharah,
Menjadi tetamuNya saat ketika yang lain diulik lena..

 Disebalik Ujian itu mempunyai 1001 Hikmah yang tersembunyi :')
#LATAHZAN duhai "hati" kecil 

Congratulations dear Big Brother :)

                                                               ASSALAMUALAIKUM


Selamat tengah Hari  semua :) rini nak update pasal abang .
17.11 pergi ke KL untuk menghadiri majlis konvo abang dekat PICC,,
konvo dia 19.11 . Diploma jurusan automotif .. di Adtec Melaka
terpancar sinar kebahagiaan di mukanya.. Aicehss xD of course lah
happy kan.. dah grad.Setelah berpenat lelah.. And ini lah pengakhirannya,sijil itu menjadi milikmu :)
Mabrouk abang ! :') bangga denganmuu <3
'MAN JADDA WAJADA WA MAN ZARO AA HASODA'

Everythings happen have reason.

                                                              ASSALAMUALAIKUM



Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan 
Salam Eidul Adha warga blogger sekalian :)
Masa semakin pantas berjalan..(masa itu Ibarat Emas)
bermula 20.10.2013 final examku telah bermulaa. mohon
doa dari kalian ..Moga Allah permudahkan urusanku,,aminn..
Ujian dalam menghadapi Ujian... 

ya Allah.. Aku benar2 bermohon kepadamu
Kau kuatkanlah hatiku dalam menghadapi Ujianmu.. hati ini penuh dengan luka..
luka2 yang ditinggalkan...Mohon Kau sembuhkan hatiku ini Ya ALLAh..
peritnya hanya Engkau sahaja yang mengetahui...ku cuba untuk tersenyum disaat 
ku sedangg dilanda ujian.tapi Itu bukan perkara yang mudahh..Dan..Semua yang terjadi pasti ada hikmah :')
Ada Sebabnyaa ...Dan perancangan ALLAH itu adalah sebaik-baik perancangan :') 
aku harus Kuat ! KENA kuatt ! ya .nak Lupakan sekaliguss bukan senangg..
takes time..dan hanya DIA yang menjadi peneman setia dalam setiap langkahku :')
HE knows what the bestt for me..
Aku Harus kuat ! demi DIA ! ALLAH yang satu !
:') 


#buat sahabat2 tersayang..thanks because Always be my side when i need you all :')
syukran jugak sebab sudi menjadi pendengar masalah.. Qil,liyah,k.zaki,fasiha,Aisyah and Sya ..
Thanks so much ! UhibbukiFillah Jiddan ! #taksanggup nak kehilangan sahabat2 yang istimewa nihh :') kalian nak sy lupakan semua tukan..sy pun nak sangat lupakan tuu semuaa.Mohon kalian doakan buat saya ya :')
#buat Faiqah Amirah.seriously..Imissyouu ! Goodluckk for SMU ! bittaufiq wanNajah ! buat yang terbaikk. #doa dari jauh,, Maaf kalau aku ada buat salah dengan mu.. *hope baca thiss entryy.. k lahh.
rasanya sampai di sini dulu entry kali ni.. Assalamualaikumm..Jumpa lagi di entry akan datang,, Fi Hifzillah semua :')

Suatu Hari Nanti I.ALLAH...

                                                                 ASSAMUALAIKUM




Assalamualaikum..pembuka bicara..sekian lama
tidak menulis di blog ini.. ni baru ada kesempatan..
apa khabar kalian ? rindu ingin mencoret di blogg ini..

Bumi Urdun. bakal Ku jejaki jika di izin OlehNya.
keadaan sekeliling membuatkan hati ini terlalu
ingin menyambung belajar di sana. di bumi Anbiya'
Jordan.dikekelilingi sahabat yang memberi sokongan..
dan mempunyai sahabat-II(alam maya dan Realiti) yang sedang berjihad disana mencari ilmu.
rasanya tidak terlambat lagi untuk aku mengucapkan tahniah kepada 2 orang senior ku k.bibah dan k.chenur dapat menyambung study di JUST dalam bidangg perubatan . Selamat berjuang bakal-II Doktor . serta k.Jejak Nur Ilahi yang menyambung pelajarannya di Mu'tah University dan Ust Dark yang menyambung pelajarannya di Bumi Yaman..Carilah Mutiara-II disana sebanyak yang mungkin :')

Moga Aku juga dapat menyusul mereka nanti..InsyaALLAH..
Hati ini terlalu ingin dan sangat-II menginginkan.. Doakan aku ya.
Moga impianku ini menjadi kenyataan..Aminn...





Duhai Mesir .

                                                             ASSALAMUALAIKUM





Mesir,
Mengalirnya sungai nil yang membawa nabi musa,
Menyingkap kekejaman firaun sejak sekian abad,
Terukir kisahnya di dalam Al-Quran untuk dijadikan peringatan. 

Mesir,
Kekejaman selalu memburu dikau,
Namun, engkau tidak pernah sunyi dari golongan syuhada'mu,
Yang ibarat singa yang sedang kelaparan, memburu syahid.

Mesir,
Bumi dikau selalu subur,
Disiram darah para syuhada'mu,
Yang pasti tidak akan pernah takut,
Kerana keyakinan mereka pada Yang Mencipta mereka.

Mesir,
Kau bumi bertuah,
Tempat ilmu dimartabat,
Namun, mungkin inilah ujian buatmu,
Yang pasti, binaan ISTANA menantimu kelak.

Mesir,
Moga payung kasih sayangNya akan sentiasa memayungimu,
Dari hujan derhaka pada Tuhanmu,
Kerana Dia tahu kemenangan akan menghampirimu,
Tiada istilah kalah buat mu.


Mesir,
Moga aman kembali..
kami disini sentiasa mendoakan..
agar mesir kembali aman.
Untunglah bagi para syuhada' .. Syurga menantimu disana :')

El-Sisi,Moga ALLAH timpakan bala ke atas kamu..
Yang telah membunuh rakyat-rakyat yang tidak berdosa...


*nukilan dari seorang hamba ALLAH..yang dicopy ....

Bersabarlah sayang..

                                                                   Assalamualaikum...

lama sudah blog ini terbiar begitu sahaja,, kerana kekurangan masa..umm..rasanya tidak terlambat lagi untuk mengucapkan SALAM RAMADHAN KAREEM..apa khabar kalian ? apa khabar iman kalian ? harap baik-baik sahaja...

Duhai hati..bersabarlah...aku tahu,,kamu terlalu banyak dilukai..disakiti,,tapi kamu harus kuat . "kata-kata yang sering ku ucapkan pada hati".. aku penat.letih . hanya ALLAH sahaja yang mengetahui..Bukan senang untuk lupakan apa yang orang lakukan terhadap kita..Aku tahu disaat ini ALLAH sedangg mengujiku..mengajar ku agar bersabar, terus sabar dan tabah..jujur..aku rindukan ukhuwwah itu..
aku rindukan nasihat/kata-kata semangat darinya.. Mungkin ALLAH sedangg menguji ukhuwwah diantara kita ..tapi..aku harus KUAT ! ALLAH menguji hamba-hambaNYA kerana DIA SAYANG :') mungkin  juga DIA rindukan rintihan hamba-hambanya :') takpe hati..TERUSKAN BERSABAR ya :')
1 bulan kamu boleh bersabar . masakan sekarang kamu mahu mengalah...


buat kamu..
aku tahu ,mungkin kamu juga tidak ingin perkara ni terjadi.. aku juga sama..aku mohon maaf..seandainya dirimu terluka akan perbuatanku ini...
aku hanya mampu berdoa dari jauh,Semoga ALLAH bahagiakan kamu . dan Semoga Kamu sentiasa dalam PerlindunganNYA..hanya satu yang ku pinta,, Doakan aku seusai solatmu.. dan jangan lupakan ukhuwwah diantara kita....last.. Moga najjah dalam exam nanti ...


buat Sahabat-II tercinta,, Aku rindukan kalian.. maaf.. aku tidak dapat turuti permintaan kalian untuk berifttar bersama kerana kekangan masa.. Asiff jiddan ya :( tapi percayalah..DOAKU selalu untuk kalian.. RINDU ni hanya Tuhan sahaja yang mengetahui, betapa sakitnya menahan rindu ... AKU CINTAKAN KALIAN KERANA ALLAH..

RIndu pada Ukhuwwah yang terbina .

                                                                   ASSALAMUALAIKUM




Sungguh,,aku rindu mereka.Mereka yang sedang berada jauh dariku.
yang sedang menuntut ilmu..betapa sakitnya menahan rindu ini..
ALLAH sahaja yang mengetahui segalanya..
Hanya doa yang menjadi pengantara...
ingin sekali aku memelukmu dan membisikkan kalimah ini
"Aku merinduimu kerana ALLAH sahabat ku"
ingin sekali kau merasa apa yang aku rasa..
"Indahnya ukhuwwah itu pabila berjauhan saling merindui"

buat ukhti,ana musyytaiqun ilaiki,
doaku selalu untuk mu ,Moga Allah selalu lindungimu..
Moga najah didunia and akhirat,
I.ALLAH ,aku bakal menyusulmu disana ,
bumi anbiya' bumi pilihanmu untuk menuntut ilmu..
I.ALLAH,jumpa disana :')

"ukhti yang aku sayangi kerana ALLAH,
Istimewanya saat aku mengenal kamu..
Ialah saat ketika kali pertama aku mengenal Tuhanku"
syukran jiddan ukhti ...

#aku coretkan buatmu sahabat dan ukhti tersayang..


dua puluh dua bulan enam

                                                                  ASSALAMUALAIKUM






22-06-1997 ------------->22-06-2013
Alhamdulillah...Dah 16 tahun saya hidup kat dunia ni :')
kadang-kadang terfikir,selama 16 tahun aku hidup ni.berapa banyakkah
amalan yang telah aku buat ? adakah bertambah ,,atau berkurang,,hurmm,,
Alhamdulillah,saya masih diberi peluang lagi,untuk beramal..masih diberi 
nafas lagi :')
"Perkara yang paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah - Ibn Mas’ud"
by the way,,syukran kaseer buat sape2 yang wish dan doa dari  kalian :')
moga ALLAH merahmati kalian :) Ucapan terimakasih khas buat mak ayah
yang membesarkan saya.melayan karenah saya yang macam-macam ragam ni..Terlalu besar 
pengorbanan diaorang.Tanpa mereka saya takkan lahir kedunia ni :') 
sayang Puan Zaleha Abu Bakar dan Encik Mohamad Umbaidah <3
buat sista tersayang,,syukran kaseer for the present..and special dinner too <3
#bahagia..

Teristimewa Buat Sahabatku

                                                               ASSALAMUALAIKUM






Khas buat sahabat tersayang. (diadaptasi dari novel Tautan Hati)


Sahabatku,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah teripta daripada
tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi,
bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja,
bukan pula diciptakan daripada kaki  untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya.
Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu,kau umpama sekuntum bunga
yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk
mendekatimu..Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang ?

Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya.
Dari kejauhan keharumannya menuri perhatian.Kilauan warnanya memancar indah menjadi tarikan.
Namun,lantaran pagaran duri yang berbisa itu,sang kumbang tertunduk kagum terhadap
keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir berapa kali sebelum mendekatinya..

Sahabatku,
Akuilah hakikat kejadian dirimu menjadi pelemah keimanan lelaki,Seandainya pakaian malu
kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan,
jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayangnya tidak berduri.
Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri.
Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,

"Tidak ada fitnah yag lebih besar setelah wafatKu selain daripada fitnah ynag berpunca
daripada wanita."Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah Duhai sahabatku tersayang,
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan
lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan..
Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang
terdedah..Yang tertutuo itu INDAH ! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan
dirimu itu sabagai hadiah yang kudus,suci,mahal dan berharga buat kumbang yang terpilih
yang telah dijanjikan Allahu buatmu...

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah,bertunjang
ilmu dan kebenaran,bersulam akhlak penuh menawan.Sesungguhnya,
Wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam.
'Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik....'

YA ALLAH ,Jadikan kami bidadari wanita .
"SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH"

Result ohh Result

                                                              ASSALAMUALAIKUM




fuhh...nebess nebess ! kelas lain dah dapat kertas addmath..kelas ku pe citerr nihh ? -_-
kemarenn buliss laahh lepass .sebab cikguu tak datang..esokk ade mase diee . maunyee nakk tergulingg atass lantaii tuhhh !=.=' dalam banyak2 subjek,subjekk ni lahh subjekk KILLER ;3 result kertass lainn dah dapat..Alhamdulillah ade peningkatan dari yang 1st exam .tapi kena struggle lagi untukk ACCOUNT ...
Ya Allah ,bab kire mengire ni laaa lemahss nihh -_- kena ingat pengelasan dia... ALLAH2.. kadang rasa nak tukar sekolah,nak tukar aliran,nak give up,nak amikk subjekk teras je..tapi mane buliss.. tibe2 teringatkan satu ayat ni,
"Jangan terlalu membenci sesuatu benda walhal ia amat baikkk untukkmu,dan Jangan terlalu sukakan sesuatu kerana mungkin ia akan menjadi kebencianmu" so,ANIS NADHIRAH MOHAMAD UMBAIDAH ,mohon jangan give up ! boleh catch up lagi ! baru tengah tahun..still have times more !! BANGKIT aniss bangkit !!
tahun depan SPM ! bukankah ke bumi JORDAN impian mu ? (bermonolog sendiri) kalau orang lain boleh kenapa aku tidak boleh ? "MANJADDA WAJADA" !! and ayah pun pesan , "nok g belajo mane2 pung ayoh dok kisoh nok g jodengg ke mesirrr ke,rima ke(sejak bile ade negare rima ni?--'),yang penting belajo molek,,ayoh nok anok ayoh sorang ni jadi peguam syarie'" dengarrr ayahh cakap macam tu senyum melebarr,tapi yangg partt nak suh jadi peguam tu,Tuhan je tahu perasaan macam mana,,taksanggup nak kecewakan permintaan seorang ayah yang terlalu banyakk berkorban untuk anak-anaknya..I.ALLAH,anakmu ini bakal menjadi peguam seperti apa yang ayah inginkan ..Aminn ... #mohon doa dari kalian semuaa...

RINDU KALIAN !

                                                                  ASSALAMUALAIKUM



hari ni tiba2 nak hupdate sal gengg saya :') tengok gambaq di atas,ni lahh intann2
permata dalam hidup saya. *cewwah*
Sungguh.hati ni tidak kuat lagi .menanggung rindu terhadap kalian..rinduu kalian sangat2 :'(
rinduu nakk berkumpul ramai2..last kita kumpul ramai2 masa majlis anugerah kecemerlangan,tu pun
sekejap je ,sebab sy tak sihat.tapi,masa tu pun dyna takde..umm..maaf ,sebab tak dapat nak keluar sama2 ..
busy,tapi takpenah terdetik kat hati ni untuk melupakan kalian..Walaupun kita terpisah,DOAku selalu untuk
kalian..ergghh ! PERIT ! apabila menanggungg rinduu niihh!tahun lepas tahun yangg paling banyakk kenangann kan :') kenangan pahit & manis. kita gaduh macam perangg dunia kedua pun,akan baik balik..kan..(Kemah,mirah,jie,pikah,esyah,dyna,meknun,ayna,baqih,sanah) rinduu mu seme :'(
rinduu nok galok same,g makan kantin same2.wat ngarut same2 . rinduuu ngatt ! ALLAH je tahu betape peritnye,,walaupun masing2 dah ade haluan masing2,aku harap ngat mu sume dok lupe kenangan antare kite nehh ? :') Tahun lepass laa banyokk kali masaloh,dan tahun lepass laa tahun palingg besttt !! name je budokk PMR,F3 boleh dikatekan matured dh..pi kite dokk..macam budok2.haha..nok wat gane,sklh puan saje.gini lah jadinyee.. haha.. ingat dok g tarikh ni 17.02.2012 ? kite pakat wat bbq ramai2.dkt homestay K.I.T.A :')
mu sume memangg parokk ahh ..jengg krengg ! haha..kul 4 baru tido,pagi tu bangun mayang subuh,lembekk belake..haha..pahtu g pantai2 ramai2..jalan kaki..memangg indah sangat ! memang banyokk lagi kisoh2 kami*xlarat nak tulis panjang2* haha :') #paling nakal,paling ngarut,paling kebudak-budakan..Itulah KAMI :') share masalah pun same2.. palingg sulong cik karimah (along) and balikk bongsu cik dyna A.k.A sepet (dikna) SAYANG MU SUME KERANA ALLAH !!

baru ni birthday esyah 05.06.2013. Sanahh helwahhh esyahh !!*orang paling awal kali ucap**cewwah* haha.."lu mu bace beng marohh neh" :3 huahua.. Moga mu sentiasa dalam perlindungannya..
sayang mu ketad glemakk !! Moga impiann mu tercapai :') Moga bahagia didunia & diakhirat ... rinduu molekk nk baloh ngan mu.. haha..palingg suke kali ngusikk ye smpaii ye tekangg ,marohh *sian mu dapat kawang gini* haha XD ngenakk sokmo mu op,xlehh tengokk mu bahagia sket,, haha..papepun ,aku doakan mu najah :) #mesir bumi impian mu kan ? :')
ni lah empunya badan yang bertudung pi . *gelenya pakai spek.
padahal x rabun pun* wakaka XD

#SAHABAT,AKU SELALU BERDOA AGAR UKHUWWAH ANTARA KITA NI TIDAK AKAN PUTUS DITENGAH JALAN ..kenang daku selalu dalam doa kalian :')
"Sahabat. Andai aku gagal, sedarkan diriku, ceritakan padaku betapa nikmatnya Syurga dan peritnya Neraka. Tolong aku, sahabat" 
last,, kepada stalker,asif2 kalau kalian tidak memahami penulisan saya,campur sekali ngan loghat ganungg,
hehe..kalau tak faham,faham2kan ajelah ye..hehe.k..moga para stalker sentiasa berada dalam perlindunganNya.jaga hati.jaga iman.jaga diri.k assalamualaikum..


LA TAHZAN :)

                                                                     ASSALAMUALAIKUM




apakhabar ukhti,akhi sekalian ? apa khabar iman kalian ? :)
moga kalian  sentiasa berada dibawah keredhaanNya . lamanya tidak mencoret .
ketidaksempatan and ketiadaan idea..heeee...rindu benar ingin mencoret.

hidup ni tak selalunya indah kan ? :) by the way, doakan saya..tengah menduduki midyear exam.UJIAN dalam menghadapi UJIAN.doakan jugak moga saya diberi
kekuatan untuk menghadapi segala ujian and cabaran.
UJIAN tanda ALLAH sayangkan ? seriusly..kadang2 hati ni mengeluh,penat.terluka.
ini UJIAN  untukku..maka aku harus menghadapinya..ALLAH takkan uji seseorang itu dengan
dugaan dia takmampu hadapi.so.JANGAN PERNAH MENGALAH Anyss!
kalau jatuh,BANGKITLAH kembali....Ingat, ALLAH sentiasa ada bersama..k lah..sampai disini dahulu..
takdapat nakkk hupdate panjang2..akibat masa yang takmencukupi..k..JAGA DIRI,IMAN,SOLAT ya sahabat2 sekalian..k assalamualaikum..



          sebutir airmata jatuh kerana keinsafan seribu 
          kali lebih baik dari sejuta mutiara di lautan..
          sesaat bersedih kerana redha Allah adalah 
          lebih mulia dari seharian bersedih 
          kerana cinta manusia..
          sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna
          adalah lebih bercahaya dari kilauan segunung permata..
          sesuci hati kerana cinta Illahi itulah hakikat cinta abadi.. 
                           >Salam ukhwah fillah<                          

23.03.2013

                                                            ASSALAMUALAIKUM



23.03.2013, hari sabtu.. Allahh izinkan aku 
untuk jumpa ngn bestie aku. *Faiqah Amirah*
ALHAMDULILLAH.. happy sangat2.
.terlalu excited sampai peluk dia kemas2..
and kemaren jugak lah aku
 dapat sahabat baru.. suke sangat2 ! 
xau dah nk ungkapkan macam mane perasaan ni.. 
yang pasti aku dah rindu bagai dekat dieorang sume <3
*to faiqah and k.jannah,k.nisah
 , thankss sebab datang jumpa ! hoho ! and
untuk p-qah,yunie,husna,aslamiah,aina,gembira dapat mengenali anda !
*yunie and aina dah lame dh kenal* HEHE
kemaren hari yang sangat2 best ! ALHAMDULILLAH,
akhirnya Allah izinkan kita untuk bertemu..

kalau boleh taknak bagi lagi korang balik... tapi
nak buat macam mane, masing2 duk jauh.,,
pape pun, sayangg korang kerana ALLAH !
UKHUWWAH FILLAH <3







Perlukah..

ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM..
Actually..ni lirik lagu... suka dengan bait2 ayat dia :') 


menitis air mataku
hilangnya sahabat sejati
yang riang dikau ku merindu
persahabatan abadi

setiap detik teringatkan dikau
walaupun kau pergi membawa diri
kasih sayang kita tidak terjangkau
ditemukan impian yang murni

perlukah daku ditinggalkan
perlukah engkau melupakanku
perlukah ada rasa kesangsian
perlukah ada rasa rindu


--->Selalu Merindukanmu Kerana ALLAH....
♥ Bukankah Ini Yang Dinamakan Ukhuwwah..??
♥ Yang Jauh Terasa Dekat....Yang Dekat Boleh Saling Menguatkan,,
♥ Tapi.......Jangan Pula Waktumu Habis Untukku....
♥ Kerana AKu Tahu ENgkau Milik Semua Orang....

♥ DAN AKU.... TAK SELAMANYA JADI MILIKMU PULA.......


             

Tahun Baru :)


ASSALAMUALAIKUM


holla holla :D i'm backk .hihi. setelah lama nya tak update blogg.
haha. maaf . busy sikit . tu yang lama tu tinggal blog. umm. 
Selamat Tahun Baru semua :) *even dah terlambat . HAHA.
okay . sekarang dah masuk 2013 and sempena masuk tahun ni 
mesti korang2 semua ni ada azam baru kankan ? :D
k. anis pun ada azam anis sendiri. hihi. dah masuk tahun 
baru ni , umur pun dah meninggkat . tahun ni dah form 4 .
and bila dah masuk alam menengah Atas ni , banyak benda baru
yang kena belajar, and bila dah meninggkat umur, lagi banyakk cabaran &
dugaan yang kena hadapi . jadi senior ni best jugak kekadang. HAHA. 
even, ana ni pendek orangnya T.T *takpe,pendek itu cool :D 
Tahun depan dah jadi mangsa SPM .
so kena la start dari awal kalau nak berjaya dalam SPM kan ?

untuk pengetahuan kalian yang sama umur ngan ana , ana nak pesan 
sikit, FORM 4 bukan tahun untuk Honeymoon ya ;) 
start F4 ni lah kena struggle betul2. takkan nak SPM baru nak prepare,
*pesanan untuk diri sendiri* ana amik aliran ikhtisas 1 .
siapa yang sama, kita geng :D actually nak tukar aliran yang
takde addmath. tapi, cikgu kaunseling tak kasi. *siap kena dating jap dengan 
cikgu kaunseling* T.T dia cakap cuba lu . lau takleh pegi jugak. bagitau
balik. k. baikk cikguu.. saya cuba.  
and kemaren dah start belajar Math moden, belajar dalam 
melayu. seriuuss peningg.. ye la, selama ana bersekolah, tak penah2 belajar
dalam bahasa melayu. tahun ni kena belajar dalam bahasa melayu,.
agak kepeningan sedikit. takpe2. masih ada masa lagi ni.
banyak benda lagi yang kena belajar. 
okaylah. sampai kat sini dahulu entry kali ni.
mahu undur diri dulu. k jaga hati., jaga iman.
jaga diri. *rindu sahabiah2 THT* k assalamualaikum !