Teristimewa Buat Sahabatku

                                                               ASSALAMUALAIKUM






Khas buat sahabat tersayang. (diadaptasi dari novel Tautan Hati)


Sahabatku,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah teripta daripada
tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi,
bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja,
bukan pula diciptakan daripada kaki  untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya.
Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu,kau umpama sekuntum bunga
yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk
mendekatimu..Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang ?

Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya.
Dari kejauhan keharumannya menuri perhatian.Kilauan warnanya memancar indah menjadi tarikan.
Namun,lantaran pagaran duri yang berbisa itu,sang kumbang tertunduk kagum terhadap
keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir berapa kali sebelum mendekatinya..

Sahabatku,
Akuilah hakikat kejadian dirimu menjadi pelemah keimanan lelaki,Seandainya pakaian malu
kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan,
jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayangnya tidak berduri.
Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri.
Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,

"Tidak ada fitnah yag lebih besar setelah wafatKu selain daripada fitnah ynag berpunca
daripada wanita."Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah Duhai sahabatku tersayang,
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan
lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan..
Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang
terdedah..Yang tertutuo itu INDAH ! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan
dirimu itu sabagai hadiah yang kudus,suci,mahal dan berharga buat kumbang yang terpilih
yang telah dijanjikan Allahu buatmu...

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah,bertunjang
ilmu dan kebenaran,bersulam akhlak penuh menawan.Sesungguhnya,
Wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam.
'Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik....'

YA ALLAH ,Jadikan kami bidadari wanita .
"SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH"

No comments: