YA ALLAH , kuatkan hati hambamu ini .

                                                      ASSALAMUALAIKUM






hari ini terasa ingin mengUPDATE blogg . hurm . aku benar-benar buntu sekarang . aku tidak kuat nak hadapi semua ni . ini semua bukan keinginan ku . bukan juga kemahuan ku . aku memerlukan masa untuk semua ni . terima semua ini . terlalu sukar YA ALLAH :'(
seriously , rasa cam dah putus asa . melarikan diri bukan dapat menyelesaikan masalah . tapi sekarang , AKU MELARIKAN DIRI DARI MASALAH . apa nak jadi dengan aku ? seriously rase lemah sangatsangat :'(
YA ALLAH , bantulah hamba mu ini . sesungguhnya hambaMu ini benar-benar buntu .....

LA TAHZAN , ALLAH WITH YOU DEAR :)

                                                                 ASSALAMUALAIKUM 








haihai stalker :) hari ni tangan terasa gatal-gatal nak mengUPDATE blog . hukhuk . tetiba semalam dapat ilham .
hehe . macam-macam .

untukk Seorang hamba ALLAH ni , jangan bersedih sayang :) ALLAH sentiasa denganmu sayang , aku tau , memang sulit untukk kau lupakan semua nihh .Mintalah pada ALLAH , BErdoa padanya . nescaya dirimu akan diberikan kekuatan :) benar kata mu sayang , "biar orang buat jahat kat kita , tapi tak semestinya dibalas dengan kejahatan juga , jahat dibalas baik itu ALLAH suka "  kagum dengan dirimu . tabah hadapi semua itu walaupun sakitnyaa hanya ALLAH je yang tau kan . JANGAN  MAIN-II dengan hati and perasaan ni . huhuhu  .mengungkap kata maaf adalah mudah..namun untuk meleraikannya dari hati amatlah sukar...mulianya jiwa seseorang itu terletak pada kemaafannya terhadap orang lain yang terbit dari lubuk hatinya sendiri..bukan sekadar kata-kata yang hanya terbit dari bibir semata.."  maaf akak , copyy ayat akak jap . hukhuk . 



“Jangan kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya.”
(Imam As-Syafi’e)

so , girl yang dekat luar sana , BEWARE dengan lelaki okay. huhu
perempuan ni dia akan jadi macam aiskrim , mudah cair apabila dipuji , di pujuk .
PERINGATAN untukku , and untuk semua :) 
assalamualaikum .



SABARLAH , ALLAH SEDANG MENGUJIMU ~

                                                                 ASSALAMUALAIKUM


hai stalker :) taktahu nakk tuliss ape hari ni , but hari ni nak share 1 cerita :) thankss to akak sebab bagi izin untukk saya share story ni :) okay , just enjoy the story :) wassalam .



Langit tinggi yang tadinya cerah bertukar gelap. Sekelip mata sahaja. Sekumpulan awan tebal kelihatan berarak di atas bumbung-bumbung biru universiti. Mentari yang hampir berlabuh di ufuk barat sudah tidak kelihatan. Habis sinarnya dihalang awan hitam. Sejurus kemudian, ruang angkasa institut pengajian tinggi yang dikenali sebagai Taman Budi dan Ilmu itu bertambah gelap.
Ketika petang sudah hampir tiba di penghujungnya, kelihatan ada beberapa orang muslim dan muslimah sedang duduk-duduk di ruang solat. Ada juga yang sedang membaca al-Quran.
Masjid yang terletak di tengah-tengah institut ilmu itu memang bertuah. Sentiasa 'imarah. Tidak pernah tidak ada jemaah. Rumah ibadah yang menjadi pusat pertemuan warga institut itu seringkali dikunjungi orang sekalipun penuntut-penuntutnya pulang ke tanah air masing-masing.
Perkongsian dalam pertemuan.
"Liz, ada musykilah?"
Liz mengangguk. Pelajar perempuan yang baru setahun jagung menjadi warga universiti itu tidak pernah segan mengaku ada masalah. Dia sangat terbuka. Tidak pernah berselindung.
"Masalah apa?" Saya bertanya dengan nada bersahaja. Mengajak dia untuk berkongsi.
"Kak, saya sedih. Saya sedih sebab setiap kali bersolat malam atau muhasabah, saya rasa susah nak menangis." Pelajar perempuan itu mula menyatakan masalah jiwanya.
"Kadang-kadang tu, saya sampai dah tak tahu nak buat apa lagi supaya menangis." Pelajar itu menyambung. Suaranya terketar-ketar.
"Ingatlah mati." Saya mencelah perlahan.
"Sudah. Tapi, tetap tak mampu menangis. Pernah saya minta daripada Allah ..." Bicaranya terhenti. Matanya mula berkaca-kaca. Dia diam. Menahan air mata daripada mengalir.
"Pernah saya berdoa, Ya Allah, kalau Engkau memang sudah tidak mengizinkan aku menjadi hamba yang baik, Engkau matikan sahaja aku."
'Astaghfirullah!' Spontan saya beristighfar di dalam hati. Pelajar ini kelihatan seperti sudah tidak tahan memiliki hati yang sudah tidak mampu mengalirkan air mata keinsafan. Semoga Allah masih memegang hatinya.
"Apa gunanya hidup kalau diri tak menjadi hamba yang baik untuk Allah," Pelajar itu menyambung dengan nada yang terputus-putus. Sejurus kemudian, mulutnya terpaku. Tiada lagi bunyi yang keluar dari peti suaranya. Lama dia membisu. Air mata mudanya kelihatan tumpah ke pipi.
Saya merenung ke permaidani merah yang menutupi lantai marmar masjid. Bermuhasabah sambil menyusun kata. Saya terus merenung, sedang adik perempuan tadi setia menunggu ungkapan saya.
Mohon diberi petanda arah menuju ke jalan keluar. Seketika kemudian, saya melihat wajahnya yang sayu. Matanya merah. Pipinya basah. Uraian air mata yang berterjunan di pipi diseka. Dia tunduk. Malu. Malu dengan diri sendiri.
"Liz, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang. Beruntunglah Liz kerana masih mampu menangis di sini, sekalipun tidak mampu menangis selepas solat." Sengaja saya berkata sedemikian. Mahu menyedarkan dia bahawa dirinya masih mempunyai hati. Hati yang masih mampu menangis apabila disentuh.
"Duduk dan bermuhasabahlah lagi. Mungkin jiwa kita belum cukup ikhlas untuk memohon keampunan. Mungkin hati kita tidak benar-benar ikhlas memohon taubat. Siapa tahu, dalam kita bersabar meminta ampun dan taubat, Allah mengizinkan hati kita untuk menangis." Saya memberi pandangan.
"Liz, Allah tidak mematikan Liz sekarang kerana Allah masih sayangkan Liz. Liz masih ada ruang. Liz masih ada peluang. Berdoa meminta agar dimatikan segera itu salah. Salah besar!" tegas saya.
Air matanya yang deras mengalir sebentar tadi berhenti. Terjaga dari lena sangkaan yang salah.
"Allah meminta kita berusaha, bukannya mengalah. Jangan meminta diri dimatikan hanya kerana tidak mampu menangis apabila mengenang dosa. Jangan meminta dimatikan sedangkan diri tidak dalam keimanan."
"Rugi besarlah kita andainya di akhirat kelak, antara kita dengan syurga jaraknya tinggal sehasta, tapi takdir telah mendahului dan kita dicampakkan ke neraka. Kenapa?" Saya meninggalkan persoalan di hujung peringatan yang panjang-lebar. Semua mata yang hadir dalam pertemuan petang itu tertumpu ke arah saya.
"Sebab, kita tidak mengakhiri kehidupan dengan kebaikan. Sia-sia sahaja kita beramal sepanjang hidup, tapi di akhir kehidupan kita tidak berada dalam keimanan. Na'uzu billahi."
Pelajar perempuan itu mengangguk-angguk. Dia kelihatan yakin untuk meneruskan kehidupan. Kini, dia sedar bahawa sangkaannya agar lebih baik mati adalah salah.
'Ya Allah, ampunkanlah dosa adik ini. Ampunkanlah dosa semua manusia yang berada dalam pertemuan ini.' Saya berdoa di dalam hati, sendirian.
Allah, sungguh aku berpandangan bahawa mereka lebih baik daripadaku!' Semoga Allah menghimpunkan kami dalam rahmat dan berkat. Amin, Ya Rabbal 'Alamin.
Pesanan Kekasih Agung :
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda, dan baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan: "Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya roh dan dia diperintahkan dengan empat kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkan-Nya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga." (HR al-Bukhari; 3036 dan Muslim; 2643)
Saya menulis babak muhasabah ini di sini dengan harapan yang sederhana. Sangat sederhana. Semoga kita lebih mengingati-Nya setelah banyak dosa yang kita lakukan.
Saya menulis babak muhasabah ini di sini bukan kerana sudah mampu mengingati-Nya dengan sempurna, tetapi kerana berharap agar catatan sederhana ini terhitung sebagai langkah untuk saya mendekati-Nya. Sungguh, saya sangat terkesan dengan luahannya..

SABAR , SABAR , DAN TERUS BESABAR :)

ASSALAMUALAIKUM


SABAR , inilah perkataan yangg selalu aku ucapkan dalam hati .
orangg kata pape pun kat kita , kita kena sabar :) betul takk ? semalam terbaca statuss seseorang ,
'‎~ mUhAsAbAh dIrI ~,,, jAnGaN pErNah fIkiR ApA yAng oRaNg kAtA nEgAtIf kAt KitA,,kErAnA itU aKaN mEmbUatKaN kItA tIdAk mAjU dALaM keHidUpAn,,, sEbALiKnYa,,tErImALah tEgUrAn itU sEbAgAi pELajArAn uNtUk kItA mEmbAiKi dIrI kItA,,dAn jUGa bErtErimA kAsiH Lah pAdAnyA kErAnA sEntIaSa mEnjAgA kItA dArI mELaKuKaN kEsILaPan.' to akak tu, sorryy copy ayat akak jap . hihi . akak tak marah kankan ? ;) kadang-II kitaa akan rasa diri kita ni terukk kan bilaa orangg dukk kutukk-II
 kitaa . cakap kita itu lah , ini lah , mesti kita rasa down sangat-II kan ? semua penah lalui semua nihhh :)
jangan cakap tak penahh lerr . mesti kitaa pikir , apa salah kitaa , apa dosa kitaa kan ? huhu . apa yangg aku bagitau ni , sebab aku dah penahh laluinyaa . bilaa aku baca status akak ni , aku berfikir , betul ah apa yangg akak tuhh kata .. macam k.iqahh cakap , jadikan teguran dieorangg sebagai batu loncatan untukk aku memperbaiki diri aku balikk ..  ALHAMDULILLAH , hidup aku sekarangg semakinn tenangg .. thankss untukk sapesape yangg menyokongg diri ini untukk berubahh . hanya ALLAH sahaja yangg bisaa membalass semua tuhh :)




WEARING NIQAB :)

                                                               ASSALAMUALAIKUM








hai semuaa :) harap sihat-sihat belake lah :) huhu . fuhhh ! berhabuk dah saya punya blog . lama sangat dah takk menulis . busy sangat sekarang . exam TOV 2 minggu lagi . err . takut ! harap-II boley jawab . semoga ALLAH permudahkan segal urusanku . AMIN :) okay , baca takk title post kali ni ? huhu . kali ni nak tuliss pasal NIQAB :)

Tau takk maksud NIQAB tuhh ape , huhu . niqab tuhh ialah PURDAH :) kadang-II aku rasa nak jugakk try pakai purdah . tapi bile lah agaknye boley pakai tuh . huhu . semalam jumpe ngn adalah seorang hamba ALLAH ni . dia pakai niqab . mula-mula tuhh memangg terkejut . sebab aku mane penah ade kawan yang pakai niqab :) but , aku kagum sangat-II dengan dia . comel sangat tau dia pakai purdah tuh :) ayu jea . huhu :) insyaALLAH , anyss akan try wears niqab . but skangg anyss nak ubah diri anyss lu . slow-II :)

kepada kawan yang selalu sokongg anyss , jasa mu amat ku hargai :') tegur anyss kalau anyss ada buat salah and silap . anyss masih memerlukan sokongan anda semua .
dan ni khass untukk hamba ALLAH yangg banyakk nasihat anyss . yg always buat anyss tersenyum :)
hanya lafaz terima kasih yang mampu ku ucapkan . SEMOGA ALLAH MEMBALAS SEGALA KEBAIKANmu akak :') segala nasihat akak , akan anyss jadikan sebagai peringatan untukk anyss :) anyss bersyukur sangat kepada ALLAH sebab mempertemukan anyss dengan seorangg insan yangg hebat :)
PERPISAHAN and PERTEMUAN semua itu ditangan ALLAH :) tiada siapa yang mampu melawan takdir . hanya doa' yang mampu ku kirimkan untukkmu :)
semoga dirimu selalu berada dibawah naungannya :)

okaylah . pen off now :) menulis sambil dengar lagu bisikan nurani :) best sangat . k assalamualaikum :)





Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu
Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati
Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi
Kejernihan wajahmu 
Sempurna pada pandanganku 
Kau kirana 
Keturunan terpilih 
Disanjung serta dihormati 
Kau permata 

Kesederhanaanmu 
Mengecap kekayaan dunia 
Kau mestika 
Ketaqwaan dirimu 
Itu yang merantai jiwaku
Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi... perhiasan duniawi
Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini

hari pertama di sekolah :)

                                                                  ASSALAMUALAIKUM




hai stalker :) hope semua sihat-sihat . wWhooaa ! lama aku tak menulis lam blogg ni :) dah berhabuk dah aku rasa . hehe . oke , today story about first day at school ? camne korang punye first day ? okay ? aku punya first day skola okay jugakk :) tapi aku yang skang dah berwajahh baru . haha . semua tak perasan aku :D semua cakap aku macam budak form 1 baru masuk sekolah . mane taknya, NERD semacam je . memang orang tak perasan . hehe . mula-mula sampai kat sekolah , semua macam tengok-tengok kat aku . yang form 1 confirm pikir . ni budakk baru ==' padahal budakk ni dah 3 tahun sekolah kat situ . haha . tahun ni budak form 1 sekolah aku kecik-kecik je :D

Comel-comel jehh . haha . masukk kelas , then cikgu yang dah kenal aku semua tengokk aku pelikk . kawan-kawan dah start bengong dia . duk kutuk-kutuk --' haha . tak amikk hati pun ! sebab tahu diaorang just gurau je :) jumpa dengan kawan-kawan  serius happy sangat ! pergi ke sekolah dengan 1 matlamat . matlamatnya SAYA NAK BERJAYA :) and belajar KERANA ALLAH :)

jumpa ngan 1 cikgu tuh . 'eyh , awak ! lain muka awak tahun ni . baru nampak matured ' jengjeng ! haha . kan dah kena ! hebat takk ? haha . then aku pun jawab 'nak berubah ustazah , hehe ' ustazah tuh pon senyum je .
then jumpa ngn senior , kena perli . best ! haha . dea cakap , baru nampak matured sikit =='
haha . hampeh punya senior . yang junior aku lagi hebat ! tengokk aku buat macam tak kenal terus . aku pun tegur dia . lama jugakk ahhh dia perhati aku . then menjerit tak tentu pasal . hahaha . dia tanya 'k.anyss ke ni ?' aku buat muka sembil aku jahh . haha . by the way , first day kat sekolah memang best :)

k lah . tangan dah lenguh . hewhew . k . assalamualaikum :)

HAPPY NEW YEAR , SELAMAT TAHUN BARU .

                                                                  ASSALAMUALAIKUM








kaifa haluk ? hehe . speaking bahasa arab kali :D kali ni nak tulis pasal tahu baru . asal tahun baru mesti AZAM baru right ? huhu . ape azam korangg sempena 2012 ? azam anyss biar ALLAH and  anyss je lahh yang tau :) tahun ni anyss bakal menghadapi exam . PMR . seriuss takut ! tapi . kalau kita berusaha and sentiase tawakkal kepada ALLAH , belajar dengan ikhlas . insyaALLAH . pasti berjaya .

 MANJADDA WAJADA WAMAN ZARO-A HASODA :) betul takk ? tau tak maksud dia apa ? 'SESIAPA YANG BERUSAHA DIA AKAN BERJAYA DAN SESIAPA YANG MENANAM DIA YANG MENDAPAT HASILNYA ' esok lusa dah start sekolah . serius . sekejap je rasa cuti sekolah --' haihh ! hAHA . bangunn ANYSS ! jangan MALAS ! ni semua syaitan lah nihh hasut . >.< oke lah . got to go now :) salam .

to kawan-kawan . kita jumpa kat sekolah ! beress ? haha .