Tarbiyah Cinta ALLAH


ASSALAMUALAIKUM





Ujian tarbiyah Allah,
Tiada peperiksaan,
Apatah lagi uji minda,
Kerana ALLAH ada caraNya,
Bagaimana DIA menduga hambaNya...


DIA tahu tahap kemampuan,
DIA mengerti batas kesanggupan,
Inilah kasih sayang yang tak ternilai,
Antar Pencipta dan makhluk dicipta,
Kerana CintaNya kita ada,
Kerana KasihNya kita diduga,
kerana SayangNya kita menjadi hamba,
Bersyukurlah kerana dipilihNya,
Merasai kemanisan dan kepahitan hidup dibumiNya,
Tanpa bayaran kita diciptakan,
Hanya dengan satu perjanjian Tuhan,
Bersedia menjadi Khalifatul Rahman....


Sedarlah insan,
Kerana DIA merindui maka DIA menguji,
DIA mahu mendengar rintihan pengharapan,
DIA mahu lihat titisan air mata iman,
Mengadu dengan penuh penyesalan,
Dalam solat sunat tahajjud dan taubat,
Ditambah rencah solat istikharah,
Menjadi tetamuNya saat ketika yang lain diulik lena..

 Disebalik Ujian itu mempunyai 1001 Hikmah yang tersembunyi :')
#LATAHZAN duhai "hati" kecil 

No comments: