Bintangg Syurga

 ASSALAMUALAIKUM
Hayati liriknya :')
Seriously.boleh buat air mata ni mengalir..

Biar darah jadi baja
biar tulangku menjadi tonggaknya
Islam tetap di puncak
biar imanku terus melonjak
 
Aku tegar
aku rela
sekalipun aku dihenyak

Burung-burung hijau terbang
Oh ku tenang melayang
syurga firdausi menunggu ku datang
bidadari pun tersenyum
merindu cumbu harum
di saat cinta mekarku bercantum
 
Pergiku tak kembali
kerana memburu nikmat syurgawi
itulah yang hakiki itu yang abadi
dan ku tidak mati
bahkan hidup dengan rezki dari Ilahi
 
Kejayaan (kejayaan)
kebahagiaan (kebahagiaan)
bintang syuhada yang dirindukan
 
Datang datanglah wahai syahid
dambaan mujahid
aku relakan sakit yang sedikit
 
Dari tahanan sementara
biar aku nestapa
demi bahagia untuk selamanya

http://www.youtube.com/watch?v=Biv6YpkP6AI&feature=player_detailpage
#tribute to AsSyahid Ahmad Ammar Ahmad Azam .



#Al-Fatihah :') 
Moga Tenang disana Wahai Pejuang Agama ..
#ingin sekali jadi sepertinya ..




Moga Terus Bertahan..

ASSALAMUALAIKUM


Tinggal Seminggu lebih lagi untuk kita melangkah,pergi...
Meninggalkan Tahun 2013...
untuk Memasuki Tahun Baru 2014 .
dan Aku, bakal berperang ...
Berperang dengan Exam SPM .
Mohon didoakan...

banyak kenangan pahit dan manis yang telah dilalui sepanjang 2013..
semakin bertambah tahun . semakin banyak cabaran yang perlu di hadapi ..
dan dalam mengharungi setiap cabaran itu KESABARAN dan KETABAHAN
yang diperlukann... Aku hanya berserah kepadaNya .
Moga Allah Redha dalam setiap Langkahku..
Aku akan terus melangkah,dan melangkah .
Dengan hanya satu pengharapan. Mencari REDHA ALLAH..
Moga Aku mampu bertahan..
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
(2:286)
"Semakin banyak ujian yang kita hadapi, semakin dekat kita pada Allah, inshaAllah"


#Buat sahabat yang aku cintai kerana ALLAH.maafkan segala kekhilafan ku..
Maaf jua kerana tak mampu nak jadi sahabat yang terbaik buat kalian ..
Dengan masalah yang terjadi ni. Mungkin ALLAH nak uji Persahabatan kita.
nak tengok keutuhan ukhuwwah kita . Aku mohon sahabat .  Terus bertahan..
Aku taknak kita berpecah .. kalau ujian yang sikit ni pun kita sudah goyah .
adakah kita mampu bertahan untuk ujian yang lebih berat dari itu..

Buat kalian,Sahabat..
"aku dan kamu,
pertama kali bertemu
saling berjabat,
pipi berlaga dakapan ukhuwah,
saat itu..
seperti sudah lama kenal,
seperti kita adalah saudara kandung,
aku adalah kau.. kau adalah aku..
tangis, tawa, suka, duka..
semuanya bagai satu jasad..
yang istimewanya
kau membawa diriku kejalan Allah..
namun..
taqdirnya datang menguji
kita dipisahkan dalam bahtera berbeza
juga tempat dan masa yang berselisih
susah untuk bertemu
susah untuk seperti dulu..
namun akhirnya ku pasrah,
aku belum cukup redha dengan semua ini
lantas
hikmah yang dijanjikan tidak kelihatan
ku tidak mahu apa2 darimu
cukuplah sekadar ingatan persahabatan
yang menyelamatkan ku dari fitnah kefasadan.

maaf atas keterlajuran ku..."


Tarbiyah Cinta ALLAH


ASSALAMUALAIKUM





Ujian tarbiyah Allah,
Tiada peperiksaan,
Apatah lagi uji minda,
Kerana ALLAH ada caraNya,
Bagaimana DIA menduga hambaNya...


DIA tahu tahap kemampuan,
DIA mengerti batas kesanggupan,
Inilah kasih sayang yang tak ternilai,
Antar Pencipta dan makhluk dicipta,
Kerana CintaNya kita ada,
Kerana KasihNya kita diduga,
kerana SayangNya kita menjadi hamba,
Bersyukurlah kerana dipilihNya,
Merasai kemanisan dan kepahitan hidup dibumiNya,
Tanpa bayaran kita diciptakan,
Hanya dengan satu perjanjian Tuhan,
Bersedia menjadi Khalifatul Rahman....


Sedarlah insan,
Kerana DIA merindui maka DIA menguji,
DIA mahu mendengar rintihan pengharapan,
DIA mahu lihat titisan air mata iman,
Mengadu dengan penuh penyesalan,
Dalam solat sunat tahajjud dan taubat,
Ditambah rencah solat istikharah,
Menjadi tetamuNya saat ketika yang lain diulik lena..

 Disebalik Ujian itu mempunyai 1001 Hikmah yang tersembunyi :')
#LATAHZAN duhai "hati" kecil