Duhai Mesir .

                                                             ASSALAMUALAIKUM





Mesir,
Mengalirnya sungai nil yang membawa nabi musa,
Menyingkap kekejaman firaun sejak sekian abad,
Terukir kisahnya di dalam Al-Quran untuk dijadikan peringatan. 

Mesir,
Kekejaman selalu memburu dikau,
Namun, engkau tidak pernah sunyi dari golongan syuhada'mu,
Yang ibarat singa yang sedang kelaparan, memburu syahid.

Mesir,
Bumi dikau selalu subur,
Disiram darah para syuhada'mu,
Yang pasti tidak akan pernah takut,
Kerana keyakinan mereka pada Yang Mencipta mereka.

Mesir,
Kau bumi bertuah,
Tempat ilmu dimartabat,
Namun, mungkin inilah ujian buatmu,
Yang pasti, binaan ISTANA menantimu kelak.

Mesir,
Moga payung kasih sayangNya akan sentiasa memayungimu,
Dari hujan derhaka pada Tuhanmu,
Kerana Dia tahu kemenangan akan menghampirimu,
Tiada istilah kalah buat mu.


Mesir,
Moga aman kembali..
kami disini sentiasa mendoakan..
agar mesir kembali aman.
Untunglah bagi para syuhada' .. Syurga menantimu disana :')

El-Sisi,Moga ALLAH timpakan bala ke atas kamu..
Yang telah membunuh rakyat-rakyat yang tidak berdosa...


*nukilan dari seorang hamba ALLAH..yang dicopy ....