Trip .

ASSALAMUALAIKUM

3 hari 2 malam berada di Kelantan Darul Naim 
Kota Bharu BandaRaya Islam :)
macam-macam kenangan tercipta . dan kini,aku rindu
kenangan itu. Sungguh ! teramat rinduu . kenangan yang sangat manis pada tahun 
2014 :')

Hari khamis bertolak ke kelantan . seramai 34 orang pelajar perempuan
dan 3 orang cikgu pengiring . *pelajar sekolah aku semuanya perempuan* hikhik
Bila aku sampai dekat Kelantan, sungguh aku kagum ! kagum kerana disetiap
papan iklan terpapar tulisan Jawi . seolah-olah menjadi adat bagi mereka yang memasang
papan iklan tersebut . perkara yang kedua . Aku suka sangat baca moto Negeri Kelantan
"Islam Dihayati,Raja Ditaati,Rakyat Dinaungi"  
korang Rakyat kelantan sangat beruntung ! :') 

macam-macam tempat yang dilawati . Antaranya
APIUM . *Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya*
kalau tak silap lahh.. terletak betul-betul berhadapan masjid Kg.Laut dan KIAS.
agak terkilan lah sebab tak dapat lawat Masjid Kg.Laut . yang dibina tanpa menggunakan
sebatang paku pun.. Syukran buat Ukhti serta Akhi dan Pensyarah yang sudi meluangkan 
masa dengan kami . memberi sedikit taklimat tentang APIUM . bila dengar
taklimat yang diberikan oleh Puan Aida ,
terdetik kat hati ni ,seandainya tak dapat nak melanjutkan pelajaran
 ke Jordan selepas SPM ,
I.ALLAH , mungkin disitu tempat aku belajar .. *dalam hidup ni perlukan plan* aicehh ..
hehe ..I.ALLAH , takdapat nak ke Jordan lepas SPM , I.ALLAH lepas Diploma ..

lepas lawat APIUM , kiteorang ke KBMALL.. haha. *memang wajib pergi kot bagi yang
minat2 shopping ni.. ekeke .. lepas pi KBMALL , malam tu kiteorang pi WakafCheYeh ..
lepas tu balik Homestay .tidur.rehat ..
keesokkannya , Bodek2 cikguu , nak pi main air . Tak disangka-sangka 
dekat kelantan ada Taman Tema Air . walaupun tak semewah Sunway . tapi okay laaa bagi aku..
*actually taman tema tu khas untuk budak-budak . HAHA xD tapi disebabkan pagi jumaat tu ada masa kosong and kiteorang taknak pi ikut cikguu memmborong dekat pasar siti Khadijah, jadi driver Bas drop kami kat situu.. Seriuss ! happy sangat kot ! best sangat-sangat ! terasa macam budak-budak pun hado xD
lepas mandi tu, balik homestay semua tidur . letih punya pasal . haha . tapi takleh tidur lama. sebab petang tu kiteorang ada aktiviti bersama anak-anak Yatim ,Rumah Puteri Harapan Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan

 Seriously , sebak tengok anak-anak yatim tanpa mak ayah . hidup berjauhan dari keluarga.. serius ! aku kagum dan respect dorang . *perit kot kalau terpaksa berpisah dengan keluarga tercinta atas faktor-faktor tertentu* Tapi dorang seriously tough sangat . Tabah sangat-sangat .. Allah bagi kekuatan kat dieorang .
bayangkan umur 10 tahun terpaksa berpisah dengan family. Ya RABB ,luluh hati aku masa tuu . Kuatkan diri je supaya tak nangis depan orang ramai... tersentuh hati tengok raut wajah sayu dorang ..
Sungguh . saat itu , Aku jatuh cinta dengan keramahan diaorang , langsung tak rasa kekok , malahan menerima kedatangan kami ni dengan baik . Bila time nak balik, rasa taknak balik.. masih terasa nak luangkan lagi masa bersama mereka. tapi apakan daya kerana masa berlalu begitu pantas.. 

Lepas balik dari Rumah Anak Yatim,kami singgah di KBMALL buat kali kedua untuk makan ... 
*macam takde tempat lain je* #memang tak ade pun.. haha. lagipun kiteorang
ada planning. nak pi main bola. *padahal kat teganu ade.. hahaha.. kat kelantan je kot leh main
reramai..bila balik.. busy dengan extra class lak . kikiki .. serious . best sangat masa tuu..
Satu lagi kenangan yang paling takleh dilupakan.. kenangan jatuh dalam bas -_- hailaa.
anak sape lah yang loqlaq sangat ni... nakal tak sudah-sudah . tak pasal-pasal malam tuu jadi superman..
Senyap satu bas. Teacher ingat ceq dah pengsan sebab senyap . haha .. lepas jatuh tu,
kepala nihh berpusing 360 darjah . wakaka . bingung la sekejap . lepas tu okey balik .
cuai sangatkan. jadi lahh macam tuu.. 1st time , takpernah kot sepanjang hayat ni jatuhh -_-
maluu tu toksah cakap laa.. nasib laa perempuan semuanya dalam tuu.. HAHA ... 
Asyik kenangan manis je kan.nak jugak sekali sekala ada kenangan pahitnya yang tak berapa
pahit pun. lawak ada lah. huahua xD 

Trip ni lah trip paling best and paling enjoy ! Thanks so much teacher sebab sudi layan
karenah-karenah kami ni.. Terima kasih jugak untuk yang sanggup buat paperwork.tanpa
korang memang tak pi jenjalan laa kamii-II ni.. jasamu dikenang! ecehh ! haha :D
okaylah . panjang lebar pulak karangan hari ni... kalau dalam exam karangan panjang macam ni kan best ..hikhik xD *sekadar berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang di kelantan . Asiff lah kalau ada yang tak faham ..  
IloveThemSomuch! Terimakasih atas segalanya ! :')

With CIk Ilmi. aku suka sangat cari gaduh dengan dia . HAHA

The Best ever moments !

Dan aku . masih disini . mendoakan mu .eicehh .
merapu je lebih xD #qowiyy


No comments: